Gah sungguh andai nama tercatat sebagai diantara wanita yang terpengaruh didunia..
seakan dunia milik mereka.. kemungkinan itulah tanggapan sesetengah orang terhadap
beberapa orang wanita yang menerajui kehebatan wanita di dunia kini.
wajah-wajah mereka sering menghiasi dada-dada akhbar..
Sonia Gandhi, Megawati Sukarnoputri, Macapagal Arroyo...
adalah termasuk barisan wanita Asia yang terkemuka. kedudukan mereka dikatakan
setanding dengan Hillary Clinton, Sarah Bush dan wanita-wanita barat lain. mereka
diiktiraf hebat kerana menerajui kepimpinan atau jentera pemerintahan negara
disamping mengetuai beberapa syarikat gergasi dunia. Nama mereka terukir di
dalam sejarah.
jika dilihat dari satu sudut, memang mereka diperakui berjaya dan berkarisma. Tetapi
adakah mereka juga berjaya dalam kehidupan mereka ?. Adakah mereka menjadi
hamba-hamba yang taat pada Pencipta juga berjaya dalam koteks wanita berkeluarga?.
Hebat dan gah bukan dipandang dari satu aspek atau sudut pandang, tetapi hebat dan
berjaya itu dilihat dari berbagai kanteks kehidupan. Mereka mungkin dikatakan hebat
tetepi hanya untuk masa sekarang.
Mengimbau kenangan silam, seolah seperti ianya berlaku semalam. menurut seperti
yang telah diperturunkan dan dibenarkan dalam sirah junjungan, hebatnya
Siti Khadijah sebagai Srikandi Islam. berjaya dalam kerjaya juga rumahtangga.
Apa yang pentingnya, berjaya mencapai ketaatan da kesolehan sebagai hamba
pada sang Pencipta. Kehebatan yang tiada siapapun dapat menyangkal. Kehebatan
yang di perakui sedari dulu hingga sekarang bahkan dimasa hadapan. Seindah
ketaatan langit, setulus kepatuhan bumi. Srikandi-srikandi Islamlah yang wajar
dicontohi dulu, kini dan selamanya.

No comments:
Post a Comment